Sunday, October 25, 2009

JALINAN UKHWAH KAMPUNG UNDANG

Pada 17 Oktober 2009 baru-baru ini satu program yang dinamakan "JALINAN UKHWAH KAMPUNG UNDANG" telah dijalankan dengan jayanya.Program ini dijalankan dengan kerjasama 35 orang pelajar semester 1 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)dari pelbagai jurusan.Ini adalah salah satu projek akhir semester mereka untuk dihabiskan di semester ini iaitu Kepimpinan 1 bagi yang dalam dan luar kampus.Pelbagai aktiviti diadakan seperti pada sebelah pagi gotong-royong membersihkan masjid dan pada sebelah petang aktiviti bersama kanak-kanak Kampung Undang.




Pertandingan Melukis Tahap 2


Pertandingan Mewarna Tahap 1


Hadiah di sampaikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Undang

Sunday, September 27, 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Sempena menyambut bulan kemerdekaan,satu majlis telah diadakan untuk memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.Majlis bacaan yassin telah di adakan di Kampung Undang.Seramai 40 orang peserta telah mengikuti bacaan yassin kali ini.





Friday, August 7, 2009

CYBERKIDS BERSAMA KOMUNITI


HADIAH LAGI!!!!!!!!


MAXIS BEST !!!!!!


Maxis bersama komuniti lagi...kini bertempat di PPIK Kuala Telemong.Kami telah berkampung di sana selama 2 hari iaitu bermula 7 & 8 JULAI 2009.Walaupun saya bukan peserta yang menyertai kursus cyberkids tapi tetap pergi menyokong program ini dan sedikit sebanyak turut memperoleh ilmu baru ini....

Saturday, February 28, 2009

KEUSAHAWANAN






Keusahawanan adalah pemangkin ekonomi negara.Bagi penduduk di sini juga, mereka mengambil kesempatan untuk mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga mereka.
Salah satu projek keusahawanan di sini ialah "TENUNAN SONGKET'.Ia telah diusahakan oleh PN KAMARIAH BT ISMAIL.Beliau telah mengambil upah menenun songket sejak bertahun dahulu daripada pengusaha songket "WAN SHAMSUDDIN".Songket ini selalunya dijual pada orang kenamaan.Beliau telah mempelajarinya daripada ibu beliau sendiri semenjak belasan tahun lagi.Selain itu,minat juga telah mendorong beliau untuk berkecimpung dalam sektor ini.Tenunan songket beliau di upah mengikut corak yang telah ditetapkan,kadang-kadang boleh mencecah ribuan ringgit.
Tenunan songket beliau adalah tenunan benang sutera.Selain daripada menenun sampin, beliau juga menenun pambalut hadiah kenamaan, alas meja, selendang dan banyak lagi mengikut permintaan pelanggan.

Alatan Tenunan


PROSES TENUNAN


BENANG EMAS DAN PERAK


TOROK


LOSEN


LOSEN


KERANGKA @ RUMAH (K)